BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 26, 2010

Angah

Angah gelaran anak kedua ku yang bernama Zuyyin Hazwani (Keindahan Yang Terpelihara). Kini bersekolah di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dalam tingkatan 2. Aku dan suamiku kurang bersetuju angah bersekolah di SBP tetapi ini adalah pilihan angah. Kami turutkan sahaja permintaannya. Katanya...angah ingin rasa macam mana duduk kat asrama...dan lagi tak perlu tunggu van sekolah untuk ke sekolah... apa boleh buat itu pilihan dia...biarlah dia ingin rasa untuk tinggal di asrama.

Pada mulanya, minggu pertama dan kedua dia merengek juga nak balik tetapi dah hampir dua tahun di sekolah tu dia dah biasa dan tiada lagi kata tak seronok...bila ditanya angah akan jawab ...hmm biasa je...okaylah dan lain2.

Nanti ada masa aku cerita lagi tentang angah...

0 comments: