BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 26, 2010

adik (ami)

Ami atau panggilan adik...anak bongsuku. Manja dan nakal yang selalu mengusik aku. Nama sebenar adik...Zurrain Hamizah (Dua mata yang Terpelihara). Tahun 2010 ni adik akan menduduki UPSR. Pada 27 Julai 2010 adik akan menghadapi percubaan UPSR...oleh itu guru-guru Sek. Keb. Jitra 3 telah mengadakan kem gempur percubaan UPSR mulai 26 Julai. Jadi adik berada di sekolah mulai 3.oo petang hingga 10 malam selama 3 hari mulai 26 - 28 julai 2010. UPSR yang sebenar akan berlangsung selepas hari Raya Aidil Fitri nanti iaitu pada 21 - 23 September 2010. Tahun ni tak raya la kami sekeluarga... adik nak exam mak dia yang panik. Adik sentiasa relaks aje...mak doakan adik dapat 5A dalam UPSR nanti...semoga berjaya.

1 comments:

haflizahalili said...

Dah berjaya mendapat 5A. Tahniah buat adik. Sekarang di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, Kedah