Ami atau panggilan adik...anak bongsuku. Manja dan nakal yang selalu mengusik aku. Nama sebenar adik...Zurrain Hamizah (Dua mata yang Terpelihara). Tahun 2010 ni adik akan menduduki UPSR. Pada 27 Julai 2010 adik akan menghadapi percubaan UPSR...oleh itu guru-guru Sek. Keb. Jitra 3 telah mengadakan kem gempur percubaan UPSR mulai 26 Julai. Jadi adik berada di sekolah mulai 3.oo petang hingga 10 malam selama 3 hari mulai 26 - 28 julai 2010. UPSR yang sebenar akan berlangsung selepas hari Raya Aidil Fitri nanti iaitu pada 21 - 23 September 2010. Tahun ni tak raya la kami sekeluarga... adik nak exam mak dia yang panik. Adik sentiasa relaks aje...mak doakan adik dapat 5A dalam UPSR nanti...semoga berjaya.
Monday, July 26, 2010
Angah
Angah gelaran anak kedua ku yang bernama Zuyyin Hazwani (Keindahan Yang Terpelihara). Kini bersekolah di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dalam tingkatan 2. Aku dan suamiku kurang bersetuju angah bersekolah di SBP tetapi ini adalah pilihan angah. Kami turutkan sahaja permintaannya. Katanya...angah ingin rasa macam mana duduk kat asrama...dan lagi tak perlu tunggu van sekolah untuk ke sekolah... apa boleh buat itu pilihan dia...biarlah dia ingin rasa untuk tinggal di asrama.
Pada mulanya, minggu pertama dan kedua dia merengek juga nak balik tetapi dah hampir dua tahun di sekolah tu dia dah biasa dan tiada lagi kata tak seronok...bila ditanya angah akan jawab ...hmm biasa je...okaylah dan lain2.
Nanti ada masa aku cerita lagi tentang angah...
Posted by haflizahalili at 6:44 PM 0 comments
Saturday, July 24, 2010
Si Sulong
Anak sulongku Hariz Zakuan bin Zainal berusia 16 tahun. Tahun 2010 merupakan pelajar tingkatan 4 di Sek Men Keb Paya Kemunting. Pada 3 Julai 2010, telah menerima hadiah pemberian suamiku sebuah motor berjenama Yamaha (Novou LC) berwarna putih...dengan syarat akan belajar bersungguh-sungguh untuk SPM 2011...betul ke tu along...macam tak percaya je mak bila along janji nak belajar...sebab along ...anakku yang sulong ni lebih banyak mainnya daripada mentelaah. Apa2 pun kita tunggu tahun 2012 bila result SPM diumumkan nanti.
Mak doakan along berjaya ...insyaallah. Syarat mesti baca buku dan berusaha keras.
Posted by haflizahalili at 6:16 PM 0 comments
Wednesday, July 7, 2010
BENGANG
Petang tadi, sedang aku berehat...sambil menonton drama sinitron Indonesia kegemaran anakku Benci Bilang Cinta...tiba2 handset ku berbunyi...aku menyangkakan mesti angah anak kedua ku yang call...tapi bila aku tekan button answer...tiada pun sepatah kata keluar dari corong fon aku...aku biarkan dua tiga minit...tiada jawapan...aku pun...
hello...hello...hello
dua tiga kali helo tanpa jawapan akupun matikan handset...tapi ...sebelum itu aku sempat bersunggut...
buat panggilan tapi tak nak bercakap
Sebenarnya aku cukup bengang kalau ada orang call tapi tak mau bercakap...apa salahnya kalau dah tersalah nombor mengaku aje lah...dan minta maaf. sejuk le hati aku...ni tak senyap aje...orang gila mana la pulak yang nak menyakat aku...
aku ceritakan pada kawan aku...dia pun teruja nak tau...dia minta nombor tu lantas mendail...dia kata tak de jawapan la pulak...
hai dunia hari ini...terlalu banyak benda yang aneh...hal semacam ni dah banyak kali berlaku pada diriku...kadang2 tu ada orang call...bila kata tak de orang seperti yang dia cari...dia marah kita....ada kalanya bank call kata aku tak bayar loan dah beberapa bulan...sedangkan aku tak de loan kat bank tu...dan macam2 lagi...tak ada handphone susah, ada handphone pun susah...
renung2 kan lah...
Posted by haflizahalili at 6:04 AM 0 comments
Saturday, July 3, 2010
ANAK-ANAKKU
Anak-anakku
Hariz Zakuan Zainal (16 Tahun)
Zuyyin Hazwani Zainal (14 Tahun)
Zurrain Hamizah Zainal (12 Tahun)
Posted by haflizahalili at 6:45 AM 0 comments