BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 7, 2010

Haflijurana and Fairoque Aidi Wedding




Tanggal 6 Jun 2010 merupakan hari sejarah buat puteri bongsu Halili dan Habsah...suasana pada pagi agak panas....jam 11.00 pagi upacara akad nikah dilangsungkan di Masjid Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Selesai acara pernikahan...hujan rahmat telah turun renyai-renyai dan berhenti setibanya kami di perkarangan rumah. Tetamu sudah mulai ramai, tanpa henti sehinggalah jam 6.00 petang. Walaupun penat melayan tetamu yang datang tetapi terserlah wajah ceria dimuka mak dan abah...segalanya selesai dan berjalan dengan lancar...selesai sudah tanggungjawab seorang ibu dan ayah terhadap puteri bongsu mereka. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.



Tuesday, June 1, 2010

Kaktus sejenis tanaman yang cantik di pandang tetapi tidak boleh disentuh kerana durinya bisa tertusuk ke jari kita. Banyak kelebihan tanaman kaktus ini.

Aku mengenali tanaman ini melalui seorang rakan yang amat meminati tanaman kaktus. Rakan ku itu mempunyai berpulh spesis kaktus di rumahnya....